Pengenalan

PEMBAHAGIAN JIRAN

 3.0 PEMBAHAGIAN JIRAN 

Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan islam.

 Dapat disimpulkan bahawa jiran mempunyai tiga tingkat : 

 i. Jiran yang memiliki tiga hak iaitu jiran yang muslim yang dekat. Mereka ini memiliki hak berjiran, hak islam dan hak saudara.
 ii. Jiran yang memiliki dua hak, iaitu jiran yang muslim, iaitu jiran yang memiliki hak berjiran dan hak islam. 
iii. Jiran yang memiliki satu hak, iaitu jiran yang kafir. Mereka memiliki hak berjiran sahaja.

Dalam eri kata lain jiran jauh dan dekat. Ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nissa' ayat 36 iaitu :


Maksudnya : Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat-baiklah kepada kedua orang tua, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.

No comments:

Post a Comment