1.0 DEFINISI JIRAN
Jiran mencakupi kepada semua orang Muslim dan kafir, orang taat beribadah dan orang fasik, teman atau musuh, orang asing dan pribumi, orang baik dan orang jahat, saudara dan bukan saudara, yang paling berdekatan rumahnya dan yang berjauhan.Jiran adalah mereka yang duduk dalam penempatan yang sama dengan penempatan kita. Islam amat memelihara hak sesama manusia serta memandu manusia mencanai keharmonian dan kebahagiaan di dunia dan akhirat turut memasukkan aspek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan.
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga. Dari segi istilah pula jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.
Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil yang wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang menyebut : " Barangsiapa yang mendengar azan maka dialah jiran" . Bermaksud bahawa sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan tanpa pembesar suara maka dialah jiran.
Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang berada dalam satu lingkungan yang dapat mendengar iqamah solat, sebahagian lain mengatakan pula jiran ialah mereka yang dapat bersolat berjemaah pada wakru subuh dan Jumaat bersama-sama.
Manakala berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien seperti Hasan Al-Basri, Al- Auzaie dan Al-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan empat puluh buah rumah dari seluruh sisi penjuru.
Oleh itu, hak dan kewajipan sebagai muslim terhadap jiran mestilah mengetahui adab berjiran. Kita sebagai masyarakat berbilang kaum perlulah menjaga adab berjiran. Ini kerana sekiranya kita menjaga adab berjiran maka kita akan hidup dengan aman dan harmoni. Selain itu, kita sebagai jiran tetangga perlulah bertegur sapa a
No comments:
Post a Comment