Pengenalan

ADAB BERJIRAN

 5.0 ADAB-ADAB BERJIRAN 



1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain
Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi


2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.
Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

Rasul SAW pernah bersabda : “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.

Sahabat bertanya : “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab : ” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” 

Riwayat Bukhari dan Muslim dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak masuk syurga, barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)

3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.

4. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi 
sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.

5. Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. 
Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

di dalam surah an- Nisa ayat 36, Allah berfirman :


Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”

Di sini jelas kepentingan jiran yang perlu kita patuhi kerana martabat seorang jiran itu dibacakan sekali di dalam ayat berbuat baik kepada ibu bapa dan ahli keluarga


No comments:

Post a Comment