HAK DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN YANG DILUPAKAN OLEH MASYARAKARAT MODEN SEKARANG
PENGENALAN
Kebelakangan ini amalan hidup berjiran seperti saling bertegur sapa, saling bantu membantu antara satu sama lain dan saling bertukar makanan sudah semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat. Perkara ini berlaku disebabkan masyarakat sekarang hanya mengambil tahu hal masing-masing tanpa mengambil berat dan peduli tentang hubungan sesama jiran tetangga.
Oleh yang demikian, kajian berkenaan konsep kejiranan dan hak serta tanggungjawab sesama jiran tetangga yang dianjurkan dalam al-Quran dan al-Sunah amat perlu dilakukan. Ini dapat memberi impak dan kesedaran kepada masyarakat berkenaan konsep kejiranan yang sebenar dan apakah rahsia di sebalik anjuran al-Quran dan al-Sunnah untuk berbuat baik sesama jiran tetangga.
1.0 DEFINISI JIRAN
Jiran mencakupi kepada semua orang Muslim dan kafir, orang taat beribadah dan orang fasik, teman atau musuh, orang asing dan pribumi, orang baik dan orang jahat, saudara dan bukan saudara, yang paling berdekatan rumahnya dan yang berjauhan.Jiran adalah mereka yang duduk dalam penempatan yang sama dengan penempatan kita. Islam amat memelihara hak sesama manusia serta memandu manusia mencanai keharmonian dan kebahagiaan di dunia dan akhirat turut memasukkan aspek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan.
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga. Dari segi istilah pula jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai
jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan
bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga
dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas,
jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga
boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain
yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.
Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil yang wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang menyebut : " Barangsiapa yang mendengar azan maka dialah jiran" . Bermaksud bahawa sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan tanpa pembesar suara maka dialah jiran.
Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang berada dalam satu lingkungan yang dapat mendengar iqamah solat, sebahagian lain mengatakan pula jiran ialah mereka yang dapat bersolat berjemaah pada wakru subuh dan Jumaat bersama-sama.
Manakala berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien seperti Hasan Al-Basri, Al- Auzaie dan Al-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan empat puluh buah rumah dari seluruh sisi penjuru.
Oleh itu, hak dan kewajipan sebagai muslim terhadap jiran mestilah mengetahui adab berjiran. Kita sebagai masyarakat berbilang kaum perlulah menjaga adab berjiran. Ini kerana sekiranya kita menjaga adab berjiran maka kita akan hidup dengan aman dan harmoni. Selain itu, kita sebagai jiran tetangga perlulah bertegur sapa a
2.0 KATEGORI JIRAN
Islam mengangkat peranan jiran dalam kehidupan
bermasyarakat malah sumbangan bakti jiran sangat penting kepada kehidupan
manusia.
Firman Allah s.w.t
Maksudnya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mensekutukannya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, sanak saudara, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran dekat dan jiran jauh. (Surah an-Nisa : 36)
Allah s.w.t menggabungkan antara perintah beribadah kepada-Nya dan perintah berbuat baik pada makhluk-Nya. Oleh sebab itu diperintahkan untuk berbuat baik kepada jiran, baik muslim ataupun kafir, saudara dekat ataupun jauh, bersebelahan ataupun berjauhan. Namun demikian, jiran yang masih ada hubungan saudara, haknya lebih jelas daripada jiran yang bukan saudara, hak jiran yang muslim lebih agung daripada jiran yang kafir dan yang bersebelahan haknya didahulukan daripada jiran yang jauh.
3.0 PEMBAHAGIAN JIRAN
Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan islam.
Dapat disimpulkan bahawa jiran mempunyai tiga tingkat :
Dalam eri kata lain jiran jauh dan dekat. Ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nissa' ayat 36 iaitu :
Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”[5]
Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Iman al-Ghazali dalam kitab “Arbain Nawawi”. Rasulullah SAW bersabda:
1) Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran
Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah swt. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” .
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5787 dan Muslim no. 47).
Perbuatan menyakiti jiran ini adalah dilarang baik dengan perbuatan, perkataan dan lisan juga dengan cara dan sikap yang ditunjukkan dan tidaklah menjadi seorang yang benar-benar beriman di sisi Allah bagi mereka yang bermusuhan dengan jirannya.
Daripada Abi Hurairah ra yang berkata telah bertanya kepada nabi salallahualaihiwasalam akan perihal seorang perempuan yang sesungguhnya dia itu berpuasa siang dan mendirikan solat malam tetapi menyakiti jirannya dengan lisannya maka dijawab oleh baginda : “ Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka” dan ditanyakan kepada baginda akan perihal seorang perempuan yang lain yang bersolat sekadar yang wajib dan berpuasa ramadhan dan bersedekah tetapi tidak menyakiti jirannya maka dijawab : “Maka dia berada di syurga”.
(hadith sahih riwayat Ahmad no. 9673 dan Ibn Hibban no. 5763 danBukhari dalam Adabul Mufrad no. 119 dan Hakim no, 7304 dengan sahih Isnad dan disepakati oleh Adz-zahabi).
2) Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudharat
Memuliakan jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah perintah dari Allah serta termasuk salah satu tanda keimanan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selama tidak membawa bahaya dan mudharat.
Baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.
(hadith sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).
Adapun bagi jiran yang beriman dan beragama Islam maka sekiranya jiran itu melakukan maksiat dan dosa serta kehidupannya tidak menuruti syariat Islam maka hendaklah didakwahkan dan berusaha dibimbing dengan nasihat dan teguran.
Sebaik-baik amal makruf dan mencegah mungkar itu ialah di dalam keluarga sendiri dan kemudian kepada jiran yang berdekatan. Menegur dan menasihati jiran dengan kebaikan dan kasih sayang, membimbing mereka kepada syariat Allah dan mencegah mereka dari melakukan maksiat ialah sebaik-baik dakwah dan cara memuliakan mereka.
3) Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka
Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang menyebut telah bersabda rasulullah : “Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.
(hadith sahih riwayat Muslim no. 2625).
Juga daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.
(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. 6496).
4) Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan
Termasuk di antara hak dan kewajipan seseorang terhadap jirannya ialah membantu dan berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar mampunya.
Rasulullah bersabda : “Bukanlah orang yang beriman sekiranya dia kenyang seorang diri sedangkan jiran disebelahnya kelaparan” dan dalam riwayat lain menyebut “ Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang sedangkan jirannya kelaparan disebelahnya dan dia mengetahui keadaan jirannya itu”
(Hadith sahih riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 112 dan Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 19452 dan Hakim no, 7307 dengan isnad yang sahih dan disepakati oleh Adz-zahabi dan berkata Hafidz Al-Munziri bahawa rijalnya siqah).
Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.
Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.
2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
Rasul SAW pernah bersabda : “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.
Sahabat bertanya : “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab : ” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Tidak masuk syurga, barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)
3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
4. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
5. Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.
di dalam surah an- Nisa ayat 36, Allah berfirman :
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”
Di sini jelas kepentingan jiran yang perlu kita patuhi kerana martabat seorang jiran itu dibacakan sekali di dalam ayat berbuat baik kepada ibu bapa dan ahli keluarga
An- Nisa’(4):36
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada perbuatanperbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman dan pemberontakan. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
an-Nahl (16) : 90
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya: “Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman (tidak sempurna imannya yang menyelamatkannya dari neraka). Ada sahabat yang bertanya, “Siapakah wahai Rasulullah?” Baginda bersabda, “Iaitu orang dari kejahatannya.” (Muttafaq Alaih, Imam Bukhari, Imam Muslim, dan Imam Ahmad. Imam Ahmad menambahkan, mereka bertanya, “Apakah keburukannya itu wahai Rasul?” Baginda menjawab, “syurruhu ‘kejahatannya).
(Riwayat Bukhari & Musli
8.0 KEBAIKAN BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN
Di antara hadith-hadith yang menceritakan akan kepentingan berlaku baik kepada jiran adalah:
- Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” [Riwayat Muslim (77)]
- Daripada Abdillah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ، وَخَيْرُ الجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ
Maksudnya: “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. [Riwayat al-Tirmizi (1944)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib]
- Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ، حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ
Maksudnya: “Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku.” [Riwayat al-Bukhari (6015)]
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata daripada al-Qadhi ‘Iyadh bahawa makna hadith ini adalah sesiapa yang beriltizam dengan syariat Islam maka wajib ke atasnya untuk memuliakan atau berlaku baik kepada jiran dan tetamunya. Semua ini menunjukkan akan kepentingan hak berjiran serta galakan memeliharanya. Ini kerana, Allah SWT telah berpesan atau mewasiatkan agar berlaku baik kepada mereka melalui firman-Nya di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. [Lihat: al-Minhaj ‘ala Syarh Sahih Muslim, 18/2]
9.0 Hukuman Bagi Orang Yang Menyakiti Jirannya
Di sana terdapat hadith yang menceritakan akan akibat dan balasan yang akan diterima bagi orang yang suka menyakiti jirannya:
- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya.” [Riwayat Muslim (73)]
- Di dalam hadith yang lain pula, juga daripada Abu Hurairah RA berkata:
قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ فُلَانَةَ يُذْكَرُ مِنْ كَثْرَةِ صَلَاتِهَا، وَصِيَامِهَا، وَصَدَقَتِهَا، غَيْرَ أَنَّهَا تُؤْذِي جِيرَانَهَا بِلِسَانِهَا، قَالَ: هِيَ فِي النَّارِ
Maksudnya: Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” [Riwayat Ahmad (9675)][Sanadnya adalah hasan berdasarkan penilaian daripada Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]
Berdasarkan kedua hadith ini, orang yang suka menyakiti jirannya sama ada dengan perbuatannya atau lisannya (ucapannya) maka orang seperti ini akan dicampakkan ke dalam api neraka di akhirat kelak walaupun dia merupakan seorang yang banyak melakukan ibadah.
10.0 KESIMPULAN
Hendaklah kita semua yang beriman kepada Allah dan rasul serta hari akhirat mentaati perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan sebaik dan semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang yang beriman.
RUJUKAN
- http://sekutumbungaros.blogspot.com/
- http://konsepkejiranan97.blogspot.com/2017/07/konsep-kejiranan.html
- http://fatientierah.blogspot.com/2017/03/hak-hak-jiran.html
- http://dee5adis17hakjiranpolisas.blogspot.com/2018/01/konsep-kejiranan-dan-hak-hak-jiran.html
No comments:
Post a Comment