7.0 AYAT AL QURAN & HADITH
Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyeru kepada berbuat baik sesama manusia terutama jiran. Berikut disenaraikan ayat al-Quran dan Hadis berkaitan anjuran berbuat baik kepada jiran. Firman Allah s.w.t :
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu mempersekutuNya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orangorang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri”.
An- Nisa’(4):36
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada perbuatanperbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman dan pemberontakan. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
an-Nahl (16) : 90
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya: “Sesungguhnya jika orang munafik, orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang yang menyebarkan khabar bohong di Madinah tidak berhenti (dari menyakitimu), nescaya kami perintahkan engkau (untuk memerangi) mereka, kemudian mereka tidak lagi menjadi tetanggamu (dimadinah) melainkan sebentar sahaja”.
al-Ahzab (33) : 60
Sabda Rasulullah s.a.w :
Sabda Rasulullah s.a.w :
( Hadith Riwayat Muslim)
Maksudnya: “Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman (tidak sempurna imannya yang menyelamatkannya dari neraka). Ada sahabat yang bertanya, “Siapakah wahai Rasulullah?” Baginda bersabda, “Iaitu orang dari kejahatannya.” (Muttafaq Alaih, Imam Bukhari, Imam Muslim, dan Imam Ahmad. Imam Ahmad menambahkan, mereka bertanya, “Apakah keburukannya itu wahai Rasul?” Baginda menjawab, “syurruhu ‘kejahatannya).
(Riwayat Bukhari & Musli
No comments:
Post a Comment